Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HANYA BAITULMAQDIS TIMUR IBU NEGARA PALESTIN

DUNIA

HANYA BAITULMAQDIS TIMUR IBU NEGARA PALESTIN

PRESIDEN PALESTIN, MAHMOUD ABBAS – SUMBER FOTO: ANADOLU AGENCY

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam menegaskan hanya Baitulmaqdis Timur layak menjadi ibu negara Palestin, bukan Abu Dis, demikian menurut laporan agensi berita Palestin, WAFA.

Xinhuanet melaporkan, dalam pertemuan dengan pergerakan popular tempatan dan kumpulan masyarakat sivil di ibu pejabatnya di Ramallah, Abbas berkata beliau tidak akan menerima alternatif dicadangkan pelan damai timur tengah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump itu.

“Kami tidak akan menerima penubuhan negara Palestin tanpa Baitulmaqdis Timur yang dijajah sejak 1967 sebagai ibu negaranya yang abadi,” kata Abbas.

“Kami akan berdepan dengan pertempuran yang ditakdirkan ini dan kami akan menang,” katanya.

Pertemuan itu dilihat sebagai antara usaha Abbas untuk menghimpunkan sokongan masyarakat tempatan dan antarabangsa bagi membantah pelan damai Trump yang juga dikenali sebagai “Perjanjian Abad Ini.”

Rakyat Palestin yang dengan serta merta menolak “Perjanjian Abad Ini”, berkata mereka tidak dibabitkan dalam perbincangan mengenai rancangan itu dan ianya jauh dari resolusi sah antarabangsa mengenai penyelesaian keamanan berdasar penyelesaian dua negara.

Pelan damai Trump menyatakan Abu Dis, sebuah kawasan kejiranan di pinggir Baitulmaqdis Timur, dicadangkan sebagai ibu negara Palestin dan menawarkan warga Palestin “kedaulatan bersyarat dan terhad.” — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading