80,000 RAKYAT PALESTIN TUNAI SOLAT RAMADAN DI AL-AQSA WALAUPUN BERDEPAN SEKATAN ISRAEL
Meskipun berdepan sekatan ketat Israel, kira-kira 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat sempena Ramadan di Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
BAITULMAQDIS: Meskipun berdepan sekatan ketat Israel, kira-kira 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat sempena Ramadan di Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
“Seramai 80,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa hari ini,” kata Sheikh Azzam al-Khatib, ketua pengarah Waqaf Islam di Baitulmaqdis kepada Anadolu Ajansi.
Jemaah mula tiba seawal Khamis, sanggup meredah hujan lebat dan sekatan ketat yang dikenakan oleh Israel. Ratusan daripada mereka bermalam di dalam masjid untuk beriktikaf, bersempena dengan bermulanya 10 malam terakhir Ramadan.
Pada Jumaat ketiga berturut-turut sejak bermulanya Ramadan, polis Israel dikerahkan dalam jumlah besar di pintu masuk Kota Lama Baitulmaqdis, lokasi Masjid Al-Aqsa, serta di lorong-lorong dan halaman sekitarnya.
Pihak berkuasa Israel sebelum ini mengumumkan penugasan 3,000 anggota polis di bandar raya itu pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan.
Selepas solat, jemaah memenuhi halaman dan ruang solat Masjid Al-Aqsa untuk sesi bacaan al-Quran dan halaqah ilmu. Ribuan jemaah biasanya kekal di dalam masjid hingga waktu berbuka puasa dan solat tarawih pada sebelah malam.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel melarang lelaki Palestin bawah umur 55 tahun dan wanita bawah umur 50 tahun dari Tebing Barat yang diduduki daripada memasuki Baitulmaqdis, menghalang puluhan ribu daripada menunaikan solat di masjid itu.
Israel mengenakan sekatan ketat terhadap akses rakyat Palestin ke Masjid Al-Aqsa sejak pencerobohan ke atas Gaza pada Oktober 2023.
Menurut Anadolu, Waqaf Islam di Baitulmaqdis membenarkan jemaah beriktikaf di dalam masjid sepanjang 10 malam terakhir Ramadan dan lazimnya pihak berkuasa Israel menghentikan pencerobohan pendatang haram ke dalam masjid sepanjang tempoh ini – satu amalan tahunan sejak pencerobohan itu bermula pada 2003.
Ketegangan terus memuncak di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, dengan sekurang-kurangnya 937 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 7,000 cedera akibat serangan tentera Israel dan pendatang haram sejak serangan ke atas Gaza bermula pada 7 Okt 2023, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Julai lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa pendudukan berpanjangan Israel ke atas wilayah Palestin adalah tidak sah dan menyeru pemindahan semua penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.