800,000 bakal terima manfaat skim Peka B40 mulai Mac

Datuk Dr Dzulkefly Ahmad – Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

PUTRAJAYA – Kira-kira 800,000 rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas daripada kumpulan B40 bakal menerima manfaat skim peduli kesihatan.

Skim yang dikenali sebagai PeKa B40 dengan peruntukan RM100 juta ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, antara manfaat skim ini ialah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis pelancaran PeKa B40 di sini hari ini, lapor Sinar Online yang memetik Bernama.

Kementerian Kesihatan juga turut bekerjasama dengan klinik dan makmal swasta terpilih untuk menjalankan saringan kesihatan bagi projek perintis tersebut.

Sementara, Dr Dzulkefly berkata kementerian pada masa ini hanya memfokuskan saringan kesihatan kepada golongan berumur 50 tahun ke atas untuk skim tersebut bagi mengelakkan keperluan rawatan yang rumit dan kos tinggi sekiranya lewat didiagnosis.

Leave a Reply