Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN TAHUN BAHARU 2024

DALAM NEGARA

AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN TAHUN BAHARU 2024

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua turut mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

”Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka berdua.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading