AGONG TITAH TIDAK AKAN LAYAN PERMINTAAN YANG MENGGUGAT KESTABILAN POLITIK
Dalam titah sulung selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas, Sultan Ibrahim bertitah semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan bahawa baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara.
Dalam titah sulung selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas, Sultan Ibrahim bertitah semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.
Seri Paduka Baginda juga bertitah menegaskan sekiranya ada pihak yang hendak bermain politik, mereka perlulah menunggu pada masa pilihan raya akan datang.
“Semua pihak sedia maklum keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana. Oleh itu, saya berharap semua ahli yang berhormat akan menumpukan usaha untuk membela nasib mereka, bukannya untuk kepentingan parti politik atau diri sendiri,” titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini, yang turut dihadiri Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Ahli-ahli Dewan Negara.
Terdahulu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menaungi negara dan rakyat jelata selama lima tahun lepas dengan adil dan bijaksana.
“Insya-Allah, dengan limpah kurnia serta izin-Nya, saya akan memikul amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas dan meneruskan pemerintahan yang mengutamakan kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat,” titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari lepas.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota pentadbiran kerajaan yang telah mentadbir negara dengan sempurna.
Sultan Ibrahim berpesan agar anggota pentadbiran sentiasa merasai denyut nadi rakyat kerana adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk membela nasib mereka.
Terdahulu, Baginda berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Parlimen yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests