AHLI MKT UMNO POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin UMNO yang merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) disahkan positif COVID-19.

Sebelum ini, ahli MKT berkenaan yang merupakan pemimpin kanan UMNO Bahagian di Selangor itu, telah menghadiri Mesyuarat MKT di Janda Baik, Pahang pada Jumat lalu.

Sejurus itu, beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang turut bersama dalam mesyuarat tersebut dilaporkan telah melakukan ujian saringan dengan segera.

Media sebelum ini melaporkan ahli Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.—AlHijrah Online

Leave a Reply