Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO MURTADKAN WANITA ISLAM: SERAH KEPADA PIHAK BERKUASA UNTUK TINDAKAN

DALAM NEGARA

VIDEO MURTADKAN WANITA ISLAM: SERAH KEPADA PIHAK BERKUASA UNTUK TINDAKAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru kepada orang ramai untuk menyerahkan kepada pihak berkuasa isu video yang memaparkan pengakuan seorang lelaki India memurtadkan seorang wanita Islam.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata isu itu kini dalam perhatian dan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah menerima aduan dari pelbagai pihak.

“Tindakan undang-undang juga boleh diambil di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang sedang berkuat kuasa di beberapa buah negeri terhadap mana-mana orang, termasuk orang bukan Islam, yang menghasut, memujuk, mempengaruhi atau memaksa orang Islam supaya meninggalkan agama Islam atau tidak suka kepada agama Islam.

“Selain itu, mana-mana orang Islam yang cuba untuk keluar dari agama Islam juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang sedang berkuat kuasa di beberapa buah negeri,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya JAKIM menyeru seluruh umat Islam agar dapat mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah, syariah dan akhlak seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki bukan Islam mendakwa telah memurtadkan wanita Islam.

Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak dan menyeru tindakan diambil pihak berwajib. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading