Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASIH TIDAK SERIK, INGKAR ARAHAN RENTAS NEGERI PALING TINGGI

DALAM NEGARA

MASIH TIDAK SERIK, INGKAR ARAHAN RENTAS NEGERI PALING TINGGI

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan seramai 461 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi operasi pematuhan SOP yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada jumlah tersebut, seramai 135 kes cubaan untuk merentas negeri direkodkan, diikuti 128 kes gagal mematuhi penjarakan fizikal.

Kesalahan lain yang turut direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (72 kes), tidak memakai pelitup muka (77 kes) manakala kes-kes lain sebanyak 42 kes.

“Daripada jumlah itu, 430 telah dikenakan kompaun manakala 31 direman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 2,461 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 280,272 kes.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading