AHLI PARLIMEN BALING MOHON MAAF PERKATAAN ‘GELAP’

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini memohon maaf atas penggunaan perkataan ‘gelap’ yang menimbulkan kekecohon pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Azeez dalam penjelasannya memaklumkan beliau tiada niat mengaitkan perkataan itu dengan mana-mana individu dan hanya merujuk kepada kawasan blok pembangkang yang sedikit gelap atas faktor pencahayaan.

“Saya tiada niat panggil sesiapa gelap. Dua tahun saya duduk di situ sememangnya kawasan itu gelap dan tidak dapat perhatian dari speaker.

“Penting untuk rakyat tahu saya tidak sama sekali berniat untuk panggil sesiapa gelap kerana diri saya sendiri gelap,” kata Azeez pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Azeez kemudian menarik balik perkataan tersebut dan memohon maaf.

Semalam kecoh apabila Azeez mengeluarkan kenyataan “gelap tidak nampak,” ketika ahli parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto sedang berdiri untuk menyuarakan pandangannya. — AlHijrah Online / Zaim Zamani

Leave a Reply