Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MASUKKAN KUCING DALAM MESIN DOBI DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI MASUKKAN KUCING DALAM MESIN DOBI DITAHAN

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang disyaki memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin basuh dobi layan diri di Kepong, Selangor ditahan polis hari.

Lelaki tersebut dipercayai kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kes ini disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Menurut jiran suspek, dia langsung tidak bertindak agresif ketika ditahan .

Suspek katannya selalu merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan, Kepong dan tidur di parkir di kawasan perumahan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Zainita Mohd Noor berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kejam itu.

Semalam tular rakaman tiga kucing dibunuh kejam dengan ‘dilemaskan’ dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading