Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH TIDAK DIKUASAI BUKAN ISLAM – MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

TH TIDAK DIKUASAI BUKAN ISLAM – MUHYIDDIN

KUALA LUMPUR: “Lembaga Tabung Haji (TH) tidak dikuasai oleh orang bukan Islam”.

Demikian jawapan bertulis Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai maklum balas kepada ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengemukakan soalan tentang agensi itu.

Mujahid dalam soalannya di Dewan Rakyat itu bertanya tentang kedudukan terkini TH dan meminta Muhyiddin menjelaskan adakah benar kerajaan terdahulu menjual aset TH serta membiarkan agensi itu dikuasai orang bukan Islam.

Muhyiddin dalam pada itu memaklumkan aset TH bagi setengah tahun pertama 2020 berjumlah RM78 bilion.

Beliau berkata TH juga dalam tempoh itu mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion.

“Selaras dengan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

“Syarikat itu dimiliki penuh oleh kerajaan dibawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD),” katanya– AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading