Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AHLI PARLIMEN YANG DIKUARANTIN PERLU PAKAI PPE KE DEWAN RAKYAT

DALAM NEGARA

AHLI PARLIMEN YANG DIKUARANTIN PERLU PAKAI PPE KE DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen yang diarahkan untuk menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Media melaporkan ketika ini tiga Ahli Parlimen sedang dikuarantin iaitu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan; dan P. Prabakaran (PH-Batu).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, Ahli Parlimen berkenaan akan dibawa menaiki ambulans dan sejurus tiba di Parlimen akan ditempatkan di bilik khas.

“Saya difahamkan pagi ini terdapat tiga orang meminta kebenaran datang (Parlimen). Kalau mereka ingin mengundi perlu memakai PPE dan akan masuk melalui pintu Galeri Awam Dewan Rakyat.

“Undi akan diambil daripada mereka dan penghitung serta pemerhati terpaksa memakai pelindung muka,” katanya.

Tambah Azhar, selepas mengundi, Ahli Parlimen terlibat perlu meninggalkan Galeri Awam bagi mengehadkan pendedahan dengan semua orang di Parlimen.

Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen membangkitkan isu kehadiran Ahli Parlimen yang sedang menjalani kuarantin ke Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Azhar juga menegaskan beliau tidak mengubah SOP tetapi pematuhan itu ditentukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading