Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMATIAN PERTAMA AKIBAT COVID-19 MELIBATKAN PEKERJA TOP GLOVE

DALAM NEGARA

KEMATIAN PERTAMA AKIBAT COVID-19 MELIBATKAN PEKERJA TOP GLOVE

(GAMBAR OLEH Mohd RASFAN / AFP)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang Top Glove dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19.

Kematian tersebut merupakan yang pertama sejak virus itu dikesan di asrama dan kilang pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia itu.

Reuters melaporkan, kematian itu melibatkan lelaki warganegara Nepal berusia 29 tahun yang meninggal dunia pada Sabtu.

Lelaki itu dimaklumkan bekerja di kilang Top Glove di Klang dan telah berkhidmat selama lebih dua tahun.

Penularan COVID-19 di bangunan milik Top Glove merupakan kluster terbesar di Malaysia dengan lebih 5000 pekerja disahkan positif wabak berkenaan.

Kerajaan juga sebelum ini telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja syarikat itu selain mengarahkan operasi kilang dihentikan bagi memudahkan pengesanan kontak.

Reuters turut melaporkan, pekerja syarikat itu memaklumkan penjarakan sosial ketika kerja sukar untuk dikekalkan dan tidak dikuatkuasakan secara konsisten.

Selain itu keadaan di asrama juga sering sesak dan dihuni sehingga 20 orang dibeberapa bilik. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading