Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERSONA NON GRATA AKAN DIISYTIHAR, BAGI PENJENAYAH WARGA ASING

DALAM NEGARA

PERSONA NON GRATA AKAN DIISYTIHAR, BAGI PENJENAYAH WARGA ASING

KUALA LUMPUR: Warga asing yang didapati terlibat dan disabitkan dengan kesalahan membabitkan kegiatan jenayah, akan diisytiharkan sebagai ‘persona non grata’.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, warga asing yang terlibat akan disenaraikan selepas mereka menjalani hukuman dan akan diusir dari negara ini.

“Selepas mereka menjalani hukuman penjara akibat kesalahan jenayah, mereka akan diusir dan disenaraikan sebagai imigran larangan daripada memasuki Malaysia.

“Itulah keputusannya untuk semua warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen (1959) tanpa mengira jenis pas yang dimiliki,” katanya.

Persona non grata adalah orang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yang tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di sesebuah negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador turut bersama dengan langkah yang diambil oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen itu, setelah berbincang mengenai perkara ini.

Beliau berkata langkah mengisytiharkan penjenayah warga asing sebagai persona non grata merupakan antara cara yang berkesan bagi mengekang kegiatan jenayah terutama sindiket Macau Scam.

“Sindiket Macau Scam di negara ini semakin berleluasa dengan ramai mangsa tertipu melibatkan kerugian jutaan ringgit yang dilakukan warga China,” katanya.

Abdul Hamid berkata warga China paling takut disenarai hitam dan dilarang memasuki Malaysia kerana mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan kegiatan jenayah malah bakal berdepan hukuman berat di negara asal.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading