Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AIR LAUT SURUT PUNCA PENUMPANG TERKANDAS LEBIH LAPAN JAM

DALAM NEGARA

AIR LAUT SURUT PUNCA PENUMPANG TERKANDAS LEBIH LAPAN JAM

LANGKAWI: Fenomena air laut surut di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis mengakibatkan penumpang terkandas di jeti Kuah sejak pukul 2.30 petang hingga 10.30 malam semalam.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures (Ferry Line) Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, situasi itu telah dimaklumkan kepada penumpang, namun kerana kelewatan melebihi lapan jam telah menyebabkan berlaku ketegangan antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah.

“Kami terpaksa tunda perjalanan kerana bimbang berlaku apa-apa kepada penumpang,” jelasnya kepada AlHijrah Online.

Beliau berkata kesemua 423 penumpang terbabit telah dibawa dengan menaiki Feri Expres Bahagia 99 pada jam 10.30 malam dan selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis pada jam 11.25 malam Rabu.

Semalam, menerusi beberapa rakaman video yang dimuatkan di media sosial memaparkan keadaan sesak dan ‘perang mulut’ antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik bersama video dan gambar terbabit, penumpang mendakwa kejadian sesak itu berlaku selepas perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda lebih lapan jam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading