Gambar hiasan. Gambar kecil: Datuk Syed Anuar Syed Mohamad
SHAH ALAM – Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Kebangsaan bersetuju dengan cadangan untuk menghapuskan program
matrikulasi dengan syarat ia tidak boleh dilaksanakan tergesa-gesa tanpa
ada kajian menyeluruh.
Naib Presidennya, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, banyak
perkara perlu diteliti selain meletakkan tempoh tertentu supaya
persediaan awal dapat dilakukan.
Katanya, pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan seperti badan bukan kerajaan (NGO), ibu bapa dan pihak-pihak berkaitan juga perlu dipangil sebelum membuat keputusan penting ini.
“Kita (Alumni GPMS Kebangsaan) bersetuju (matrikulasi) kemudahan dan
peluang ini dihapuskan tetapi bukan dalam keadaan sekarang, walaupun
terdapat penambahan begitu ramai pelajar Melayu di institut pengajian
tinggi (IPT) berbanding 20 tahun lepas tetapi ia tidak bermaksud bahawa
jumlah itu mencapai matlamat.
“Banyak perkara saya ingat perlu (kerajaan) dilihat dan dikaji sebelum buat keputusan. Kita tidak mahu keputusan itu mempunyai unsur-unsur politik dan akhirnya akan merugikan (orang Melayu),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Katanya, dalam keadaan sekarang pelaksanaan untuk menghapuskan matrikulasi tidak boleh dibuat kerana perancangan atau kaedah selepas penghapusan itu belum dibincangkan secara menyeluruh.
Jelas Syed Anuar lagi, kerajaan juga perlu memberi fokus untuk meningkatkan kemampuan pelajar di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka dapat bersedia untuk menghadapi cabaran bersaing secara terbuka untuk memasuki IPT apabila matrikulasi telah dihapuskan nanti.
“Kita tidak mahu kemasukan dikurangkan (apabila matrikulasi dihapuskan) tetapi tahap pencapaian mereka di peringkat SPM berada di tahap yang kurang memberangsangkan,” katanya.
Ditanya mengenai harapan beliau terhadap kepentingan pelajar Melayu apabila matrikulasi atau dianggap ‘pintu belakang’ untuk memasuki IPT dihapuskan, katanya pelajar khususnya yang bakal menduduki SPM tahun ini perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh jika ingin menjejak kaki ke universiti.
“Saya letak harapan kepada pelajar sebenarnya. Mereka perlu bersedia dan memperlengkapkan diri untuk tidak terlalu meletakkan harapan kepada tongkat (matrikulasi) yang disediakan ini, namun tidak bermakna kita ingin membuang tongkat ini.
“Namun pelajar mesti diajar untuk bersiap sedia dengan perubahan yang ada diharapan mereka kerana cabaran tidak sama lagi dengan cabaran 30 tahun lalu, hari ini mereka perlu bersaing di atas padang yang sama (dengan pelajar kaum-kaum lain),” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager