KUALA LUMPUR – Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara
ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat
berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.
Bagi felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia,
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu
penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan
kemajuan negara.
“Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah
jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain
menjejaskan imej negara di persada antarabangsa, katanya kepada Bernama.”
Katanya, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak
sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta
kedaulatan raja Melayu.
“Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua
bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah
kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan
etnik sentiasa baik,” tambahnya.
Bagaimanapun, Teo tidak menolak keharmonian masyarakat berbilang kaum
di negara ini boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu
fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada dua kelompok
berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain.
Jelas beliau, politik yang diamalkan mana-mana pihak di negara ini
sebaliknya perlu memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum yang harus
dipertingkatkan di Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah yang lebih baik
antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed juga senada
mahu ahli politik berhenti memainkan sentimen perkauman dan menyentuh isu-isu
sensitif yang boleh membangkitkan ketegangan dalam negara.
Beliau berkata dalam usaha mengekang rusuhan kaum daripada kembali
berulang, pihak kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas dan segera
terhadap pihak yang membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama.
“Dalam era teknologi masa kini, ada segelintir individu yang memberi
komen-komen melampau dalam media sosial, jika tidak diambil tindakan tegas
terhadap mereka, ini akan menyebabkan individu lain melakukan perkara sama dan
tindakan provokatif sebegini amat berbahaya kepada keharmonian negara”, katanya.
Selain itu, kerajaan perlu terus meningkatkan usaha memperkasa orang
Melayu dan bumiputera terutama golongan berpendapatan rendah dalam pelbagai
bidang, serta merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
“Antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu
berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu
diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru,” katanya sambil menambah bantuan terhadap
bukan Melayu yang memerlukan juga tidak boleh diabaikan.
Berdasarkan angka rasmi peristiwa yang terpahat sebagai sejarah hitam
negara itu, dari 13 Mei hingga 31 Julai 1969, mencatatkan 196 orang kehilangan
nyawa, walaupun terdapat pihak yang menganggarkan jumlah kematian adalah lebih
tinggi.
Dilaporkan, kejadian selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ketiga itu juga menyebabkan kira-kira 6,000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan musnah atau rosak serta 753 bangunan rosak atau terbakar. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked