Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMALKAN SIFAT BERSEDERHANA, BELANJA BERHEMAH SAMBUT AIDILFITRI

DALAM NEGARA

AMALKAN SIFAT BERSEDERHANA, BELANJA BERHEMAH SAMBUT AIDILFITRI

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan supaya rakyat negeri ini mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja dengan berhemah, khususnya ketika menyambut perayaan Aidilfitri.


Gambar Hiasan. – Bernama

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan supaya rakyat negeri ini mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja dengan berhemah, khususnya ketika menyambut perayaan Aidilfitri.

Tengku Hassanal bertitah meraikan hari kemenangan setelah umat Islam melalui pelbagai ujian sepanjang Ramadan tiada salahnya, namun perlulah mengikut kepada kemampuan dan tidak sampai sehingga perlu berhutang.

“Jika sampai keadaan kita berhutang dan meminjam semata-mata untuk memeriahkan hari-hari pada bulan Syawal nanti, maka ini bukanlah tindakan yang bijaksana.

“Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan serikanlah dengan amalan yang memberi manfaat sesama insan,” titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di kampus Gambang hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UMPSA Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Selain itu, baginda yang juga merupakan pro-canselor UMPSA, menyeru kepada semua pihak termasuk badan korporat dan agensi berkaitan untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan universiti dalam memperkasakan yayasan UMPSA.

“Dengan kolaborasi yang mantap, kita dapat memastikan bahawa lebih ramai pelajar dan komuniti menerima manfaat yang optimum daripada program yang ditawarkan oleh yayasan. Semoga agenda kebajikan dan kemenjadian mahasiswa ini terus diberi perhatian,” titah baginda.

Selain berbuka puasa, Tengku Hassanal turut berkenan mengurniakan sumbangan UMPSA daripada pelbagai syarikat korporat dan dana agensi untuk manfaat pelajar khususnya buat pelajar asnaf dan B40. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading