Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA PEMUDA UMNO DAKWA DITAHAN POLIS DI SABAH

DALAM NEGARA

KETUA PEMUDA UMNO DAKWA DITAHAN POLIS DI SABAH

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa beliau telah ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah pagi ini. 

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh. – Bernama

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa beliau telah ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah pagi ini. 

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini, beliau mendakwa ditahan walaupun dijadualkan memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara esok. 

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya di status itu. 

Status itu bagaimanapun tidak memaklumkan sebab penahanan. 

Beliau merupakan antara yang lantang bersuara dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah baru-baru ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading