Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI MULA PADA SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 – KPM

DALAM NEGARA

PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI MULA PADA SESI PERSEKOLAHAN 2024/2025 – KPM

PUTRAJAYA: Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Gambar Arkib. – Bernama

PUTRAJAYA: Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM memaklumkan aktiviti itu diperluaskan di semua institusi pendidikan termasuk di sekolah, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi.

Menurut KPM, inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.

“Setakat ini ia telah dilaksanakan di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah melibatkan seramai 12,673 guru dan 120,489 murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM bagi tempoh 2024-2030.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan cerminan komitmen teguh KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan dalam masa sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading