Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Ambil iktibar kejadian bom di Sri Lanka, kata Yadim

DALAM NEGARA

Ambil iktibar kejadian bom di Sri Lanka, kata Yadim

Nik Omar Nik Abdul Aziz

PUTRAJAYA, 23 April – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengajak seluruh rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada kejadian pengeboman di tempat ibadah di Sri Lanka pada Sabtu lepas, tentang pentingnya keharmonian dan kedamaian dikekalkan di negara ini.

Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata, perbuatan ganas mengambil nyawa seseorang secara individu atau kumpulan khususnya orang awam yang tidak berdosa harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh umat Islam sebagaimana digariskan dalam maqasid syariah. ”Atas apa alasan sekalipun, keganasan tetap dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Nik Omar berkata berkata Islam mengajarkan kepada umatnya untuk bersama-sama menjaga ketenangan, kedamaian, dan kebahagiaan hidup bermasyarakat.

“Kejadian itu melambangkan nilai kemanusiaan yang semakin pudar dan golongan berkenaan sebenarnya terpengaruh dengan fahaman ekstrem,” katanya.

Sekurang-kurangnya 290 orang maut manakala lebih 500 lagi cedera dalam beberapa siri pengeboman yang menyasarkan gereja serta hotel mewah di tiga bandar di Sri Lanka pada Hari Easter.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini. – Sinar Harian


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading