Pihak berkuasa memeriksa salah sebuah gereja yang menjadi sasaran serangan bom serentak di Sri Lanka. Gambar kecil: Datuk Seri Dr Wan Salim
GEORGETOWN – Serangan kejam di Sri Lanka sehingga meragut lebih 200 nyawa dan mencederakan ratusan rakyat negara itu dilihat sebagai satu perbuatan kejam dan terkutuk.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan terkutuk itu disifatkan dilakukan oleh mereka yang bersifat tidak bertamadun.
Menurutnya, serangan itu tidak boleh diterima dan perlu ditentang oleh masyarakat antarabangsa tanpa mengira agama dan budaya.
“Sekali lagi masyarakat antarabangsa dikejutkan dengan tindakan ganas
dan mengerikan di Sri Lanka. Serangan kejam ini dilaporkan telah
meragut ratusan nyawa dan kecederaan orang awam. Lebih memilukan,
serangan ini berlaku ketika sambutan Hari Easter oleh masyarakat
beragama Kristian,” katanya.
Menurutnya, mereka yang bertanggungjawab ke atas serangan itu wajar dikutuk seperti penjenayah yang terlibat dalam kejadian tembakan rambang di Christchurch, New Zealand pada Mac lalu.
“Jika kita mengutuk serangan ke atas
penganut agama Islam di Christchurch, New Zealand baru-baru ini, maka
dengan nada yang sama kita juga mengutuk serangan ke atas penganut agama
Kristian di Sri Lanka. Saya juga menuntut agar mereka yang terlibat
diadili dengan sewajarnya.
“Saya juga ingin mengajak pimpinan politik, agama dan kaum supaya berusaha meningkatkan lagi kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan pengikut masing-masing mengenai kepentingan hubungan yang harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Wan Salim berkata, semua pihak perlu mengetepikan sikap taksub terhadap kaum dan agama sendiri serta mengelakkan perasaan bermusuh dan berprasangka terhadap agama lain.
“Umat Islam khususnya, saya ingin menasihati mereka supaya tidak terpengaruh dengan desakan atau permintaan untuk membenci dan memusuhi individu yang berbeza etnik dan agama dengan mereka.
“Perbezaan agama dan etnik perlu diterima sebagai realiti dan kehendak Allah s.w.t. dengan tujuan agar boleh berkenalan dan saling membantu antara satu sama lain.
“Perbezaan agama tidak wajar dijadikan faktor permusuhan dan saling membenci antara satu sama lain. Saya yakin jika penganut pelbagai agama benar-benar memahami dan menghayati ajaran masing-masing, maka tindakan ganas seperti ini dapat dibendung.
“Masalah dunia hari ini, orang menggunakan agama untuk menjustifikasikan tindakan yang didorong oleh nafsu mereka, padahal agama tidak sama sekali merestui tindakan tersebut, malah bercanggah dengan ajaran-ajarannya,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked