Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMBULANS TERBALIK DILANGGAR KERETA

DALAM NEGARA

AMBULANS TERBALIK DILANGGAR KERETA

KULIM: Sebuah ambulans swasta terbalik selepas dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas-Taman Seluang, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi tadi melibatkan seorang pemandu dan tiga petugas ambulans yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Sazalee Adam berkata, hasil siasatan awal mendapati ambulans tersebut bergerak dalam perjalanan dari Lunas ke Hospital Kulim.

“Ambulans tersebut dipercayai bergerak melepasi lampu isyarat berwarna merah sebelum dilanggar di bahagian sebelah kiri oleh kereta Honda Jazz yang laluannya lampu isyarat berwarna hijau.

“Ambulans tersebut terbalik di atas jalan selepas dilanggar, namun pemandu dan tiga lagi kakitangan ambulans swasta itu terselamat.

“Pemandu dan penumpang kereta yang berusia 50-an juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah Sazalee, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading