ANGGARAN PELAKSANAAN PRN ENAM NEGERI RM420 JUTA – SPR
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan melibatkan perbelanjaan RM420 juta.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan melibatkan perbelanjaan RM420 juta.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata 153,760 petugas akan dilantik bagi membantu melancarkan pengendalian proses PRN berkenaan, dan 173 pusat penamaan calon serta 186 pusat penjumlahan rasmi undi akan dibuka.
Beliau berkata 3,190 pusat mengundi biasa yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran, dan 260 pusat mengundi awal mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan pada PRN nanti.
“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah 3,450 dengan 17,425 tempat mengundi atau saluran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN.
Terdahulu beliau mengumumkan keputusan SPR yang menetapkan hari pengundian bagi pelaksanaan PRN di enam negeri berkenaan adalah pada 12 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 29 Julai.
Sementara itu Abdul Ghani berkata kira-kira 9.77 juta pemilih layak mengundi pada PRN berkenaan dengan kira-kira 9.67 juta adalah pengundi biasa.
Katanya Selangor mempunyai jumlah pengundi biasa paling ramai dengan 3.7 juta orang diikuti Kedah dengan 1.57 juta dan Kelantan 1.4 juta, manakala pengundi lain melibatkan 49,660 tentera dan pasangan; 47,728 adalah polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 pengundi tidak hadir luar negara.
Merujuk kepada statistik umur pula, Abdul Ghani berkata 661,905 orang merupakan kategori pengundi berumur 18-20 tahun, manakala 28,991 orang merupakan pengundi berumur 90 tahun dan ke atas.
Beliau berkata pengundi boleh membuat semakan pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan masing-masing bermula 17 Julai ini.
Semakan boleh dibuat melalui portal semakan di pautan http://mysprsemak.spr.gov.my atau hotline SPR di talian 03-88927018/7218/7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager