Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL MULA BERUNDUR DARI JENIN

DUNIA

TENTERA ISRAEL MULA BERUNDUR DARI JENIN

TEL AVIV: Israel mula mengundurkan tenteranya dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Foto fail konvoi tentera Israel. — AFP

TEL AVIV: Israel mula mengundurkan tenteranya dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut tentera Israel, pasukan pertama meninggalkan bandar itu pada lewat petang Selasa. Tidak dapat dipastikan berapa lama masa akan diambil untuk proses pengunduran itu.

Menurut laporan Palestin, berlaku pertempuran sengit dengan penduduk di bandar itu. Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan konvoi tentera dibaling dengan bahan letupan.

Pada Isnin, Israel dilaporkan melancarkan satu daripada operasi ketenteraan di Tebing Barat, yang disifatkan terbesar dalam tempoh beberapa dekad.

Ribuan tentera bergerak ke bandar Palestin selepas melancarkan beberapa serangan udara.

Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.

Menurut tentera, tujuan operasi itu adalah untuk membongkar “infrastruktur pengganas”. Beberapa markas, depot senjata, kemudahan pengeluaran senjata dan tempat persembunyian militan telah dimusnahkan.

Selain itu, 30 suspek turut ditahan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading