Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS ISRAEL TEMBAK WARGA PALESTIN BERTUBI-TUBI

DUNIA

ANGGOTA POLIS ISRAEL TEMBAK WARGA PALESTIN BERTUBI-TUBI

Seorang lelaki warga Palestin ditembak mati anggota polis Israel dalam satu pergelutan di Nablus, Tebing Barat semalam.

PALESTIN: Seorang lelaki warga Palestin ditembak mati anggota polis Israel dalam satu pergelutan di Nablus, Tebing Barat semalam.

Dalam video tular di media sosial menunjukkan mangsa ditembak beberapa kali sehingga rebah serta dibiarkan di tepi jalan tanpa sebarang bantuan.

Polis sempadan Israel dalam satu kenyataan mendakwa, penyerang itu menikam dan mencederakan seorang anggota polis ketika ditahan.

Lelaki itu kemudian melawan dan cuba merampas senapang pegawai polis berkenaan sebelum mati ditembak dan kematian itu disahkan Kementerian Kesihatan Palestin.

Satu video tersebar di media sosial menunjukkan seorang anggota menahan seorang lelaki dengan cara mengunci kepala, ketika dua lagi anggota cuba menjatuhkannya.

Lelaki itu kemudian menyerang seorang anggota dan cuba merampas senapangnya, sebelum anggota itu mengeluarkan pistol dan menembak lelaki berkenaan beberapa kali.

Tidak dipastikan sama ada lelaki itu memegang pisau atau senjata lain sebelum dirakam.

Jurucakap polis sempadan Israel enggan memberi sebarang kenyataan ketika diminta mengulas kejadian itu.

Pada masa sama, polis Sempadan Israel mengedarkan gambar sebilah pisau di atas tanah, serta satu lagi gambar seorang anggotanya yang cedera di kepala.

Sementara itu di Twitter, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Asia Barat, Tor Wennesland, mengakui terkejut dengan pembunuhan itu.

Manakala Kesatuan Eropah (EU) menzahirkan kebimbangan dengan apa yang disifatkan sebagai penggunaan kekerasan melampau oleh pasukan keselamatan Israel terhadap warga Palestin.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading