ANGGOTA RELA MENINGGAL DUNIA SEMASA PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2023
Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Sembilan di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, hari ini.
SEREMBAN: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Sembilan di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 53 tahun itu jatuh dan tidak sedarkan diri kira-kira 10 pagi, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.
“Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan masalah jantung dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dikesan.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di talian 06-6033222.
Dalam pada itu, Pengarah RELA Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya Kanan Muhammad Faiz Musa menyifatkan pemergian anggota tersebut, Muhammad Noh Muhammad Isa, yang telah berkhidmat selama 13 tahun sebagai kehilangan besar kepada pasukan berkenaan.
“Hari ini beliau ditugaskan sebagai ketua perbarisan untuk kontinjen RELA negeri. Allahyarham yang juga Ketua Jurulatih Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Nilai di sini dikenali dengan sifat yang suka membantu terutama dalam hal berkaitan kejurulatihan kawad kaki selain penugasan anggota.
“Bukan sahaja di RELA, malah Allahyarham juga sering membantu agensi-agensi lain yang memerlukan latihan kawad kaki.. saya difahamkan pagi tadi Allahyarham sihat dan bersemangat. Beliau juga tidak pernah ketinggalan setiap kali ada perbarisan Hari Kebangsaan,” katanya kepada Bernama.
Muhammad Faiz berkata RELA akan turut membantu dengan menyalurkan sumbangan khairat kematian kepada keluarga Muhammad Noh yang bertugas sebagai penyelia di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Sembilan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests