Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI KECILKAN JUMLAH JEMAAH HAJI KEPADA 1,000 ORANG

DUNIA

ARAB SAUDI KECILKAN JUMLAH JEMAAH HAJI KEPADA 1,000 ORANG

(Photo by – / AFP)

RIYADH: Arab Saudi akan mengehadkan jumlah jemaah haji bagi musim 1441H/2020 kepada 1,000 individu sahaja bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di sana.

Agensi berita Arab Saudi juga melaporkan, ibadah haji dijadualkan bermula pada 29 Julai.

“Kemuncak ibadah haji iaitu wukuf di Arafah jatuh pada hari Khamis (30 Julai),” kata agensi berita tersebut.

Sebelum ini media melaporkan 10,000 jemaah akan dibenarkan menunaikan ibadah haji tahun ini dengan 70 peratus daripadanya adalah warga asing yang menetap di Arab Saudi manakala bakinya rakyat tempatan.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini telah mengumumkan ibadah haji bagi musim 1441 akan dilaksanakan dengan syarat kebersihan yang ketat dengan mengutamakan penjarakan sosial.

Selain itu kebenaran juga diberikan kepada mereka yang tidak pernah menunaikan haji sebelum ini dan berumur antara 20 hingga 50 tahun yang tidak mempunyai penyakit kronik.

Kelaziman musim haji pada tahun-tahun sebelumnya menyaksikan lebih tiga juta jemaah berhimpun di tanah suci bagi melakukan ibadah rukun Islam kelima itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading