ARAB SAUDI MASUKKAN SINOVAC DALAM SENARAI VAKSIN DITERIMA

KUALA LUMPUR: Arab Saudi hari ini memasukkan vaksin COVID-19 jenis Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara tersebut.

Laman sesawang Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga telah dikemaskini dengan menyenaraikan vaksin jenis Sinovac sebagai salah satu vaksin yang diterima selain Pfizer-BioNTech, Moderna, Oxfor-AstraZeneca, Janssen dan Sinopharm.

Image

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui Facebooknya memanjatkan kesyukuran terhadap keputusan terbaharu Arab Saudi itu.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah,” katanya.

“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac.

“Fokus kita adalah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-​19 (JKJAV) untuk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi,” katanya.

Sebelum ini Arab Saudi dilapor tidak mengiktiraf Sinovac dari China belum memenuhi syarat yang ditetapkan. — AlHijrah Online

Leave a Reply