VAKSIN HARIAN CATAT REKOD TERTINGGI DENGAN 421,479 DOS

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kadar pemberian suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam mencatatkan jumlah tertinggi harian dengan 421,479 dos diberikan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi ciapan di Twitter memaklumkan dari jumlah tersebut 264,034 merupakan pemberian dos pertama dan 157,445 lagi pemberian dos kedua.

Image

Selangor menjadi negeri tertinggi pemberian vaksin dengan 98,118 dos diikuti Sarawak 82,068 dos, dan Kuala Lumpur 67,904 dos.

Jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin pada 12 Julai meningkat mendadak berbanding pada hari sebelumnya iaitu 291,217. — AlHijrah Online

Leave a Reply