Tag Archives: Datuk Seri Dr Adham Baba

KEBENARAN MERENTAS NEGERI BERGANTUNG PADA ENAM PETUNJUK – ADHAM BABA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membentangkan enam petunjuk bagi menentukan masa sesuai bagi aktiviti merentas negeri. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, enam petunjuk berkenaan adalah situasi kes positif harian, kes sembuh dan discaj, trend dan kadar kes kebolehjangkitan, kadar jumlah kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) serta situasi semasa petugas kesihatan. “KKM berharap ia dapat dipenuhi

Read more

VAKSIN COVID-19 TIBA AHAD INI, MUHYIDDIN TERIMA SUNTIKAN 26 FEB

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin pada hari pertama pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan secara berfasa pada 26 Februari. Menurut Muhyiddin, vaksin jenis Pfizer-BioNTech akan tiba pada hari Ahad, dan pelaksanaan program tersebut akan bermula dengan fasa pertama yang melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April. Ujarnya, fasa kedua akan bermula April sehingga

Read more

MENTERI KABINET DIARAH JALANI UJIAN CALITAN COVID-19

PUTRAJAYA: Susulan dua menteri disahkan positif COVID-19, semua menteri Kabinet telah diarahkan untuk membuat ujian saringan COVID-19. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, tindakan ini merupakan langkah pencegahan dan pengawalan wabak tersebut dalam kalangan menteri-menteri Kabinet. “Dalam penilaian risiko, di dalam kit ujian RT-PCR, kami ada CT-Value iaitu Cycle Threshold (CT) value, yang boleh kami tentukan hari atau masa sebelum mereka berjangkit,”

Read more

AKTIVITI RENTAS DAERAH DAN NEGERI DIPERKETATKAN JIKA PKP DIKUATKUASA

JOHOR BAHRU: Pergerakan rentas daerah dan negeri boleh dikuatkuasakan dengan lebih ketat sekiranya peningkatan penularan wabak COVID-19 di dalam negara terus meningkat. Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Adham Baba turut mencadangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan prosedur standard operasi (SOP) yang lebih memberi kesan kepada pemulihan penularan wabak berkenaan. Adham turut mengakui peningkatan kes mendadak akhir-akhir ini membabitkan kes

Read more

BELUM ADA KEPERLUAN KUARANTIN INDIVIDU PULANG KE SEMENANJUNG DARI SABAH

PORT DICKSON: Masih belum ada keperluan untuk mengenakan kuarantin wajib ke atas mereka yang pulang ke semenanjung selepas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara itu akan dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri nanti. Jelas Adham, pihaknya akan memastikan garis panduan sama digunapakai seperti dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini,

Read more

LAPORAN TIDAK BETUL, KKM SANGGAH AL JAZEERA

KUALA LUMPUR: Dokumentari berdurasi kira-kira 26 minit yang diterbitkan agensi berita antarabangsa Al-Jazeera, yang menuduh Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika COVID-19 adalah dakwaan liar dan tidak betul. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan boleh menjejaskan imej negara. “Laporan Al Jazeera yang menyebut ada berlaku perkauman

Read more

COVID-19: 110 KES BAHARU, JUMLAH KUMULATIF 900 – ADHAM BABA

PUTRAJAYA: Sebanyak 110 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 900 kes, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata 63 daripada 110 kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini. “Sehingga kini, seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Read more

COVID-19: 125 KES BAHARU, JUMLAH KUMULATIF 553

KUALA LUMPUR: Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata 95 daripada 125 kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini. “Sehingga kini, sebanyak 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Read more

COVID-19: 190 KES BAHARU, 428 KES KESELURUHAN DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu berkait dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini. Tujuh kes yang disahkan positif penyakit itu sebelum ini telah pulih dan dibenarkan

Read more