LEBIH 2.5 JUTA RAKYAT TELAH TERIMA VAKSIN COVID-19

Sumber Gambar : AFP

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan sebanyak 2,583,048 dos vaksin COVID-19 telah diberikan setakat semalam, 25 Mei.

Menerusi ciapan di Twitter beliau, seramai 1,647,183 orang telah menerima suntikan pertama termasuk 935,865 orang yang selesai menerima suntikan kedua vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan sejak 24 Februari lalu.

Sementara itu, permohonan fasa kedua bagi penerimaan suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dibuka pada jam 12 tengah hari, 26 Mei, telah pun ditutup.

Sejumlah satu juta dos vaksin AstraZeneca ditawarkan untuk permohonan fasa kedua. — AlHijrah Online

Leave a Reply