Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANNUAR MUSA DIKOMPAUN RM2,000

DALAM NEGARA

ANNUAR MUSA DIKOMPAUN RM2,000

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa telah dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam kenyataan hari ini memaklumkan kompaun itu susulan kunjungan Annuar ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi di ibu negara pada Sabtu, 10 Julai.

“Beliau telah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin,” jelas kenyataan tersebut.

Kunjungan ke kediaman Tun Abdullah dimaklumkan Annuar menerusi ciapan di Twitternya sebelum beliau bertindak memadam perkongsian tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading