Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN SEORANG LELAKI HINA TMJ

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN SEORANG LELAKI HINA TMJ

JOHOR BAHRU: Polis Johor telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun selepas memuat naik 12 video mengandungi komen jelek serta menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi dirumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.

Menurut Ayob, lelaki tersebut memuat naik video dengan komen jelek dan menghina TMJ di akaun Instagram milik suspek.

“Semalam telah ada banyak diviralkan daripada Instagram seorang individu bernama ‘Amirul Naito’.

“Ada 12 hantaran dibuat individu terbabit dan perkataan-perkataan yang digunakan amat jelik, menghina dan sebagainya,” ujar Ayob.

Dalam kenyataan media hari ini Ayob memaklumkan sebanyak 10 laporan polis diterima berkaitan video tular itu.

Ayob berkata suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, suspek telah direman selama empat hari bermula 12 Julai hingga 15 Julai 2021.

“Polis Johor menasihatkan supaya menggunakan laman sosial dengan sebaik-baiknya dan tidak menggunakannya dengan perkara-perkara yang memudaratkan dan boleh menimbulkan ketegangan pada masyarakat.

“Polis akan ambil tindakan tegas terhadap sebarang tindakan, kelakuan, ataupun media sosial yang viral melibatkan komen-komen jelik ini,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading