Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI TAWAR 300 BIASISWA KEPADA PELAJAR KITA

DALAM NEGARA

ARAB SAUDI TAWAR 300 BIASISWA KEPADA PELAJAR KITA

KUALA LUMPUR : Kerajaan Arab Saudi menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti awam di negara itu kecuali perubatan.

Menurut kenyataan Misi Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia (SACM), tawaran itu adalah hasil hubungan kukuh antara kedua-dua negara dan pengiktirafan terhadap rakyat Malaysia.

“Biasiswa itu terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang ingin mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

“Selain itu, penerima biasiswa turut diberikan kemudahan seperti elaun bulanan, perumahan, insurans perubatan dan tiket penerbangan,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa syarat mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda ialah pemohon hendaklah berusia 17 hingga 24 tahun manakala bagi peringkat ijazah sarjana pemohon berusia 24 hingga 30 tahun dan berusia 30 hingga 35 tahun bagi PhD.

“Pelajar wanita hendaklah diiringi penjaga (mahram) yang di bawah tajaan atau pemegang permit yang sah.

“Bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa ini boleh melayari laman sesawang rasmi SACM di http://my.moe.gov.sa/ atau mendaftar terus di pejabat SACM, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading