Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIPs PERLU DANA TAMBAHAN UNTUK PROJEK PUSAT HEMODIALISIS

DALAM NEGARA

MAIPs PERLU DANA TAMBAHAN UNTUK PROJEK PUSAT HEMODIALISIS

KUALA PERLIS : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memerlukan sumbangan wang wakaf daripada orang ramai untuk mencukupkan perbelanjaan membina Bangunan Wakaf di kawasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazim Mohd Noor berkata bangunan tersebut akan dijadikan Pusat Perkhidmatan Hemodialisis dibina dengan kos sebanyak RM6 juta bagaimanapun, sumbangan wakaf yang diterima setakat ini hanya RM1.4 juta.

“Sehubungan itu, MAIPs amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk mencukupkan kos pembinaan tersebut sedangkan projek dijangka siap pada Januari 2020,” katanya semasa menyampaikan ceramah ‘Bersama MAIPs: Menjunjung Syiar, Memaju Ummah’ di sini malam tadi.

Katanya, sehingga 3 Nov lepas, kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan telah mencapai 91 peratus siap bagi membolehkan ia disiapkan mengikut jadual awal tahun hadapan.

Pusat Hemodialisis itu kelak akan memberi rawatan kepada para pesakit buah pinggang dengan mengutamakan mereka yang berada dalam kategori kurang mampu.

Sebarang sumbangan boleh dibuat dengan memasukkan wang ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad MAIPs pada nombor akaun 09010010063983. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading