Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ASKAR HILANG 19 HARI DALAM HUTAN DI SEMPADAN BRUNEI DITEMUI SELAMAT

DALAM NEGARA

ASKAR HILANG 19 HARI DALAM HUTAN DI SEMPADAN BRUNEI DITEMUI SELAMAT

Anggota Batalion ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang semasa bertugas dalam Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei pada 18 Jun lalu, ditemukan selamat pagi tadi.

LIMBANG: Anggota Batalion ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang semasa bertugas dalam Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei pada 18 Jun lalu, ditemukan selamat pagi tadi.

Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam 11.29 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setelah 17 hari operasi terbabit dilancarkan.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataannya berkata, Muhammad Syafiq telah berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

“Beliau ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi. 

“Beliau seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” kata kenyataan itu.

Keluarga anggota berkenaan telah dihubungi pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi panggilan telefon dan akan diterbangkan ke Sarawak dalam masa terdekat di samping semua perbelanjaan perjalanan akan ditanggung sepenuhnya oleh TDM.

“Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi ini khususnya kepada Kerajaan Sarawak, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), individu serta semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sehingga Pbt Syafiq berjaya ditemui selamat.

“TDM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) atas bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang operasi SAR ini dijalankan. Kerjasama erat antara TDM dan ABDB dalam operasi ini telah membuktikan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang medoakan kejayaan operasi ini sehingga beliau berjaya ditemui dengan selamat,” katanya.

TDM dalam pada itu memaklumkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan sebagai penambahbaikan kepada Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading