PM ARAH MENTERI, PEGAWAI KANAN KERAJAAN SERIUS PANTAU SITUASI KAMPUNG
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata arahan itu tidak bermaksud pihak berkenaan perlu membuat pemantauan setiap hari, tetapi cukup sama ada sebulan atau dua bulan sekali untuk memastikan pembangunan kampung tidak terpinggir kerana pembangunan tidak boleh ditumpukan pada kawasan bandar sahaja.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan 2024 di Kampung Chengal Lempong hari ini. –fotoBERNAMA
KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri dan Ketua Setiuasaha Negara (KSN) supaya mengambil serius tanggunggjawab mereka memantau situasi kampung di seluruh negara demi melengkapkan lagi kesejahteraan hidup penduduk di kawasan itu.
Turut diarahkan Anwar berbuat demikian ialah ketua-ketua setiausaha kementerian serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Beliau berkata arahan itu tidak bermaksud pihak berkenaan perlu membuat pemantauan setiap hari, tetapi cukup sama ada sebulan atau dua bulan sekali untuk memastikan pembangunan kampung tidak terpinggir kerana pembangunan tidak boleh ditumpukan pada kawasan bandar sahaja.
“(Kita) ada jentera kerajaan, betul, tetapi kadang-kadang tak sampai maklumat. Arahan kita, dalam Kampung Angkat MADANI termasuk PM (Perdana Menteri), Menteri, KSN, KSU (Ketua Setiausaha) kementerian dan semua pegawai kanan mesti pilih kampung asal atau mana-mana kampung lain untuk dijadikan kampung angkat.
“Sebab apa? Semua ada teori masing-masing, cakap tentang ekonomi, sosial, masalah kesihatan, pendidikan, bagaimana nak ukur berjaya atau tidak? Kita ukur dari peringkat bawah. Maknanya, kalau nak tahu (teori masing-masing) berjaya atau tidak, turun ke kampung, tengok masalah kesihatan, pendidikan, soal keciciran, sakit mental,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Kampung Chengal Lempong, Balok di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan turun ke kampung telah dilakukannya sejak beberapa bulan lepas dan mesyuarat turut dibuat untuk mengetahui masalah di kampungnya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.
“Saya lahir di Sungai Bakap, tapi umur lima tahun pindah ke Bukit Mertajam dan Cherok Tok Kun, saya membesar di Cherok Tok Kun, jadi saya pilih Cherok Tok Kun. Saya panggil imam, guru besar, guru-guru tengok masalah keciciran … kenapa anak ini berhenti,” kata beliau.
Menyentuh mengenai peluncuran Kampung Chengal Lempong sebagai Kampung Angkat MADANI peringkat kebangsaan serta beberapa kampung yang telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI sebelum ini, Anwar berkata ia juga merupakan satu cara kerajaan untuk menilai keberkesanan dasar yang diumumkan kerajaan.
Beliau berkata ada kalanya dasar hebat yang diumumkan kerajaan belum dapat difahami sepenuhnya oleh rakyat, namun masalah seperti itu dapat diatasi jika pemimpin dan pegawai kanan kerajaan turun ke peringkat akar umbi membuat penjelasan.
Dalam majlis itu juga, Anwar turut menyampaikan sumbangan berupa geran RM100,000 masing-masing kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Persatuan Penduduk Kampung Chengal Lempong.
Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada 1,000 asnaf di Parlimen Indera Mahkota dan 401 nelayan di sini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked