KERAJAAN TIDAK PERNAH PINGGIR AGENDA ISLAM DI NEGARA INI – AHMAD ZAHID
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat di negara ini tidak perlu mendengar tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu menyatakan Kerajaan Perpaduan ketika ini meminggirkan agenda Islam dan Melayu di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (kanan) bersalaman bersama sebahagian pesara ketika hadir pada majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan di Pejabat Cikgu Pencen dan Balai Lu’lu hari ini. –fotoBERNAMA
PASIR MAS: Kerajaan tidak pernah meminggirkan agenda Islam khususnya pendidikan Islam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata rakyat di negara ini tidak perlu mendengar tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu menyatakan Kerajaan Perpaduan ketika ini meminggirkan agenda Islam dan Melayu di Malaysia.
“Jika ada tuduhan menyatakan kerajaan ini telah menyingkirkan agenda Islam, saya ingin menyatakan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM1.4 bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan hal ehwal Islam dan peruntukan itu telah naik kepada RM1.9 bilion pada tahun ini. Apakah makna ini Islam terancam?
“Saya yakin sebagai saksi hidup ada rancangan untuk menambahkan pendidikan Islam kepada Maahad Tahfiz, Pra-Tahfiz KEMAS, guru KAFA dan lain-lain lagi,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan di Pejabat Pencen Dan Balai Lu’Lu Pasir Mas di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan memberi sokongan terhadap agenda Islam dan Melayu ketika ini.
“Jangan dengar cakap-cakap pihak tertentu terutamanya pada PRK (Pilihan Raya Kecil) di Sungai Bakap dan PRK Nenggiri yang menyatakan kita (kerajaan) mahu pinggir agenda Islam, sebaiknya lihat pada fakta yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan dana sebanyak RM50,000, manakala FELCRA turut menyediakan RM50,000 kepada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan.
Ahmad Zahid berkata kesemua peruntukan berkenaan berjumlah RM100,000 akan disalurkan dalam tempoh terdekat.
“Sebanyak RM50,000 daripada FELCRA adalah untuk zakat, manakala RM50,000 ialah dana daripada kementerian saya untuk persatuan ini.
“Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan pesara kerajaan terutamanya golongan para pendidik,” kata beliau. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked