Author Archives: Admin3

TIADA KAKITANGAN MCMC DIJANGKITI COVID-19

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan tiada kes COVID-19 dikenal pasti dalam kalangan kakitangannya, setakat ini. MCMC dalam kenyataan sekali lagi menjelaskan bahawa penutupan Ibu Pejabat dan Bangunan Lama di Cyberjaya, bermula hari ini hingga esok adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sebagai langkah berjaga-jaga. Terdahulu, suruhanjaya itu turut memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di

Read more

COVID-19: SARINGAN SUHU BADAN DI SEMUA PINTU MASUK PREMIS LHDN

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menjalankan saringan suhu badan terhadap semua pelanggan, kontraktor dan pegawai yang ingin memasuki premisnya di seluruh negara dalam usaha mencegah penularan COVID-19. LHDN dalam kenyataan hari ini berkata proses saringan akan bermula pada 8 Mac di semua premisnya di negeri yang mula bekerja pada Ahad dan 9 Mac bagi semua negeri yang mula

Read more

KEPUTUSAN SPM 2019 PETUNJUK KEBERKESANAN SISTEM PENDIDIKAN – MUHYIDDIN

PUTRAJAYA, 5 Mac — Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 menunjukkan bahawa banyak inisiatif yang dilakukan Kementerian Pendidikan (KPM) telah menampakkan hasil, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian yang secara keseluruhannya lebih baik berbanding tahun 2018 memberi petunjuk bahawa peluasan dan keberkesanan sistem pendidikan serta dasar yang diamalkan telah berjaya memberi peluang

Read more

SYARIKAT, EKSPATRIAT CINA DERMA PERALATAN PERUBATAN KEPADA LUBNAN TANGANI COVID-19

BEIRUT: Syarikat cina dan ekspatriat di Lubnan menderma peralatan perubatan bagi membantu negara itu memerangi novel koronavirus semalam, lapor Xinhuanet. “Masyarakat cina di sini bertindak cepat apabila mengetahui mengenai kes pertama Covid-19 di Lubnan,” kata wakil syarikat dan penderma, Xu Zhuming kepada Xinhua. Xu menghantar 600 kacamata pelindung dan satu batch alat ujian saringan kepada wakil Kementerian Kesihatan Lubnan. “Selepas

Read more

COVID-19: BERITA TULAR SEMAKIN BERLELUASA

KUALA LUMPUR: Tugas menangani COVID-19 bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi dengan penularan maklumat palsu yang boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan rakyat. Sejak bermula kluster COVID-19 di negara ini, banyak maklumat dikongsi sewenang-wenangnya di media sosial tanpa usul periksa malah orang ramai mudah mempercayainya walaupun bukan daripada sumber sah. Terbaharu, tular mesej di media sosial bahawa beberapa kawasan di ibu kota, antaranya KL Sentral, Solaris Dutamas dan beberapa hospital kerajaan

Read more

SPM 2019: PENCAPAIAN LEBIH BAIK, GPN 4.86 PENCAPAIAN LEBIH BAIK

PUTRAJAYA: Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, dengan Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi tahun 2019 adalah 4.86 berbanding 4.89 pada 2018.  Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim berkata, 8,876 calon atau 2.28 peratus calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua matapelajaran berbanding 8,436 calon atau 2.15 peratus pada 2018. Pada

Read more

PENUTUPAN SEMENTARA IBU PEJABAT DAN BAGUNAN LAMA MCMC CYBERJAYA

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat dan Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari ini dan esok. MCMC dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat MCMC juga akan digantung buat sementara waktu bermula dari semalam hingga Ahad, 8 Mac. Jelas kenyataan itu, tindakan penutupan

Read more

COVID-19: MAJIKAN DIINGAT PATUHI AKTA KESELAMATAN

KUALA LUMPUR: Semua majikan dan pekerja diingatkan supaya mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 serta mengambil langkah-langkah kawalan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19. Menurut Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan di sini hari ini, majikan perlu menjalankan penilaian risiko dan menambah baik prosedur kerja bagi memastikan pendedahan risiko kepada virus itu dapat dikurangkan. Kenyataan itu turut menggariskan majikan perlu mengenal pasti pekerja

Read more

COVID-19: WISMA FLECRA TUTUP TIGA HARI BERMULA HARI INI

KUALA LUMPUR: Wisma Felcra Berhad di Setapak Jaya ditutup serta-merta bermula hari ini hingga 6 Mac ini setelah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya disahkan positif COVID-19.  Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazrul Izam Mansor berkata semua aktiviti dan operasi di peringkat ibu pejabat dihentikan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dibuat secara menyeluruh.  “Semua kakitangan di ibu pejabat telah diarahkan untuk

Read more

TURKI SELAMATKAN 78 IMIGRAN DI PERAIRAN AEGEAN

IZMIR (Turki): Seramai 78 imigran diselamatkan Turki di perairan Aegean, demikian menurut sumber hari ini. Agensi Berita Anadolu melaporkan Pasukan Pengawal Pantai melancarkan operasi dan menyelamatkan 40 pendatang Afghanistan di dalam bot getah selepas diarahkan belayar ke perairan wilayah Turki oleh Pengawal Pantai Greece. Pasukan Pengawal Pantai Turki turut menyelamatkan 38 pendatang yang hanyut dalam bot di perairan Aegean dalam

Read more
« Older Entries