More in UTAMA
-
DUNIA
KAPAL MALAYSIA YANG MASIH TERKANDAS AKAN MELALUI SELAT HORMUZ SECARA BERPERINGKAT
Kementerian Luar Malaysia mengesahkan bahawa sebuah daripada tujuh kapal milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di...
-
DALAM NEGARA
BEKALAN TENAGA MALAYSIA MENCUKUPI SEKURANG-KURANGNYA SEHINGGA JUN – PM ANWAR
Malaysia mempunyai kapasiti pengeluaran LNG yang besar dengan sokongan import dari Australia dan kejayaan operasi kita di...
-
DALAM NEGARA
MALAYSIA PENERAJU HALAL GLOBAL, KELUAR SIJIL 51 TAHUN DAN DIIKTIRAF LEBIH 50 NEGARA – AHMAD ZAHID
KEKUATAN MALAYSIA BUKAN SAHAJA TERLETAK PADA SIJIL HALAL,TETAPI MERANGKUMI KESELURUHAN RANTAIAN NILAI TERMASUK PENGELUARAN, PENGEDARAN &...
-
DALAM NEGARA
PERALIHAN STRATEGIK DALAM STRATEGI TENAGA AMAT PENTING DALAM GANGGUAN GLOBAL – PM ANWAR
PERALIHAN TUNTAS DALAM STRATEGI TENAGA BUKAN SAHAJA MERUPAKAN KEPERLUAN ALAM SEKITAR , MALAH PENTING DALAM BEKALAN...
-
DUNIA
TRUMP BERTEKAD AMBIL TINDAKAN TERHADAP MEDIA BERHUBUNG KEBOCORAN MAKLUMAT MISI MENYELAMAT DI IRAN
TRUMP TEKAD AMBIL TINDAKAN KERAS TERHADAP MEDIA BERHUBUNG KEBOCORAN MAKLUMAT MISI MENYELAMAT DI IRAN

Omar yang memegang tampuk pemerintahan sejak 1989 melalui rampasan kuasa dilihat gagal melaksanakan tugas malah rakyat terus dihimpit dengan pemansuhan pelbagai subsidi.
Sudan berdepan krisis ekonomi terburuk kebelakangan ini sejak wilayah Selatan Sudan yang mempunyai hasil minyak membuat keputusan untuk keluar daripada negara itu pada 2011.
Terbaru, pergolakan berlaku ekoran tunjuk perasaan di timur Sudan bagi membantah kenaikan harga roti.
Penganalisis sosio politik Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kerajaan Sudan bertindak menaikkan harga roti sebaganyak 80 sen ke RM2.50 di seluruh negara, yang mengakibatkan 37 penunjuk perasaan terkorban.
“Baru2 ini subsidi daripada minyak, gandum ditarik balik hingga menyebabkan harga roti naik tiga kali ganda. Ini sebenarnya mencerminkan kenaikan harga gandum dan pemansuhan subsidi yang dilakukan oleh presiden ini bukan memberi reflect kepada kehidupan, harga komidit tapi cerminkan ekonomi Sudan yang perlu dibaiki dan perlu dipulihkan.”
Tambahnya selain kegawatan ekonomi, negara itu terus dihimpit konflik apabila Omar yang sepatutnya tamat tempoh pemerintahan pada 2018 berdegil tidak mahu melepaskan jawatannya sehingga pilihanraya negara itu yang bakal berlangsung 2020.
Lebih memburukkan keadaan usul untuk memanjangkan tempoh berkuasa presiden dari parti National Congress itu disokong 294 ahli parlimen dari 490 kesemuanya.
Persoalannya adakah pilihanraya ini mampu mengubah nasib rakyat sudan?
Menurut Dr Awang Azman Awang Pawi, pilihan raya 2020 ini tidak akan mengubah nasib rakyat Sudan melainkan perlembagaannya dipinda.
“Di sudan protes rakyat semakin marah kepada kepimpinan presiden Sudan ini apabila beliau mahu meneruskan kuasanya walaupun dari segi perlembagaan negara tempoh tersebut telah tamat. Dan beliau meminta parlimen di negara dia menyokong agar dipinda perlembagaan supaya beliau berkuasa lebih lama lagi.”
Katanya lagi, sistem pentadbiran autokratik di negara itu mendorong kepada amalan kleptokrat pemimpinnya yang membangkitkan kemarahan rakyat.
Respon kerajaan terhadap penunjuk perasaan pula jelas menyalahi undang-undang antarabangsa.
Pihak polis, pasukan perisik dan tentera bertindak memukul orang awam, membuat pengkapan besar-besaran, menggunakan gas pemedih mata dan menggunakan peluru hidup bagi menghalang kemaraan protestan.
Sehingga kini dilaporkan lebih 300,000 maut dan 2.7 juta lari dari kediamannya sejak konflik itu berlaku.