Serangan terhadap pos Hamas
Dua pos Hamas di selatan Genting Gaza telah dibedil oleh helikopter Israel malam tadi.
Menurut jurucakap tentera rejim, serangan tersebut merupakan tindak balas terhadap pelancaran peranti letupan menggunakan belon dari Gaza ke kawasan Israel.

Sementara itu, sumber Hamas mengesahkan perkara tersebut sambil menambah bahawa tiada kecederaan atau kematian susulan kejadian tersebut.