Korban ribut di Filipina cecah 126 orang

Angka korban jiwa akibat ribut yang melanda Filipina sejurus selepas Krismas meningkat kepada 126 orang, menurut pihak berkuasa pada Ahad (6 Jan), yang turut menambah punca utama kematian adalah kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat.
Ribut melanda tengah dan timur kepulauan Filipina pada 29 Disember dan mengakibatkan banjir dan tanah runtuh. Lebih 100 orang maut di wilayah pergunungan Bicol di tenggara Manila, menurut para pegawai bencana wilayah itu.
Meskipun wilayah Bicol sering dilanda taufan, ramai tidak mengambil langkah berjaga-jaga kerana ribut tidak cukup kencang untuk diklasifikasi sebagai taufan dalam sistem amaran ribut pemerintah, menurut para pegawai pertahanan awam tempatan.
Para pegawai juga berkata ramai penduduk keberatan untuk meninggalkan rumah mereka semasa musim cuti Krismas.