BAKAL JEMAAH HAJI DINASIHATKAN AMAL KAWALAN KENDIRI, ELAK DIJANGKITI COVID-19
JOHOR BAHRU: Jemaah haji yang bakal berlepas ke tanah suci dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi mengelakkan daripada dijangkiti COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji semalam. – Bernama
JOHOR BAHRU: Jemaah haji yang bakal berlepas ke tanah suci dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi mengelakkan daripada dijangkiti COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata hal ini berikutan terdapat tiga jemaah haji daripada kumpulan pertama disahkan positif COVID-19, yang dipercayai berpunca daripada majlis kenduri.
Beliau berkata susulan itu jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada mereka terlepas penerbangan seperti yang dijadualkan.
“Saya dimaklumkan (tiga) jemaah ini dijangkiti ketika buat kenduri, mungkin waktu itu datang tetamu yang tidak sihat, bawa virus dan menyebabkan berlaku wabak.
“Kalau hendak buat kenduri tidak mengapa, tetapi kalau boleh kena ikut prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya, kita bimbang nanti takut terjejas pula jadual penerbangan mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Mahrajan Memanah Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama (MESMA) peringkat Kebangsaan di Arena Emas di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jemaah haji kumpulan pertama yang disahkan positif COVID-19.
Bagaimanapun, Idris berkata jemaah haji yang positif COVID-19 masih berpeluang untuk mengerjakan haji musim ini berikutan penerbangan terakhir adalah pada Julai depan.
“Jika positif, mereka ada masa lagi (untuk mengerjakan ibadah haji) kerana penerbangan akhir kita (mungkin) sama ada awal 2 atau 3 Julai nanti. Selepas mereka habis kuarantin, sekiranya mereka sihat Insya-Allah boleh terbang (ikut kumpulan lain),” katanya.
Semalam, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata tiga daripada 298 jemaah haji kumpulan pertama ke Tanah Suci bagi musim 1443H/2022, disahkan positif COVID-19. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests