BAKAL PENGANTIN TETAP TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI
Biarpun perlu segera menghadiri majlis pernikahannya, bakal pengantin Abdul Qayyim Roslan tetap menunaikan kewajipan untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.
Bakal pengantin, Abdul Qayyim Roslan, 26, menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Biarpun perlu segera menghadiri majlis pernikahannya, bakal pengantin Abdul Qayyim Roslan tetap menunaikan kewajipan untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.
Pekerja swasta berusia 26 tahun itu yang ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat berkata, dia telah berbincang dengan bakal isterinya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia terlebih dahulu sebelum ke majlis akad nikah mereka.
“Ini adalah tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia, jadi amatlah perlu saya lunaskan dahulu amanah ini.
“Sebaik selesai mengundi, saya segera bergerak ke Selayang untuk majlis akad nikah dan persandingan. Bakal isteri pula akan mengundi di sana sebaik tamat majlis kami petang ini,” kata pemuda yang berasal dari Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa itu.
SMK Seri Keramat menjadi tumpuan orang ramai hari ini berikutan penyanyi rap terkemuka yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet turut mengundi di sini.
Sementara itu, seorang lagi pengundi bagi DUN Bukit Antarabangsa Chung Wai Choong, 63, yang menghidap polio tidak menjadikan penyakitnya itu sebagai penghalang untuk keluar mengundi.
Dia yang kelihatan menggunakan angkup kaki besi pada kaki kanannya tidak pernah ketinggalan menjalankan tanggungjawab mengundi bagi DUN itu sejak 20 tahun lepas.
“Saya sudah hidap polio ini sejak bayi sehingga membuatkan otot kaki kanan lemah dan tidak berdaya. Tapi kaki kiri saya masih berfungsi dengan baik dan saya tidak mahu lepaskan peluang mengundi walaupun saya berjalan agak lambat,” katanya yang menetap di Kemensah Heights.
Dia yang bekerja sendiri dari rumah turut menasihati orang ramai supaya segera keluar mengundi sebagai menyahut seruan demokrasi.
Kerusi DUN Lembah Jaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Altimet dan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah Syed Ariffin.
Sementara DUN Bukit Antarabangsa, calon PH Mohd Kamri Kamarudin akan bersaing dengan calon PN Sasha Lyna Abdul Latif dan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Melanie Ting.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager