PRN: GOLONGAN MUDA RAI DEMOKRASI, TUNAI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI
Golongan muda yang merupakan penyumbang terbesar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini terus menyuburkan amalan demokrasi dengan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi.
KUALA LUMPUR: Golongan muda yang merupakan penyumbang terbesar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini terus menyuburkan amalan demokrasi dengan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi.
Lebih separuh daripada 9.67 juta pengundi pada PRN di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor melibatkan belia di bawah umur 39 tahun dengan 661,905 pengundi berusia antara 18-20 tahun, 2.16 juta (21-29) dan sebanyak 2.16 juta (30-39).
Bagai ikan pulang ke lubuk, pengundi muda NEGERI SEMBILAN tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.
Seorang eksekutif jualan Hu Pei Her, 26, yang bekerja di Kuala Lumpur ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hua berkata beliau pulang sehari awal sebelum hari pengundian bagi memilih wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambau.
“Ini kali kedua saya mengundi, dan ini saya anggap sebagai tanggungjawab sebagai warganegara yang perlu saya laksanakan,” katanya ketika ditemui Bernama di pekarangan sekolah berkenaan.
Pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wong Chin Yeow, 22, pula menaiki kereta api untuk pulang ke Seremban pagi ini bagi mengelak kesesakan lalu lintas untuk mengundi bagi kerusi DUN sama.
Chin Yeow yang ditemani adiknya, Wong Wei Shin, 19, berkata generasi muda perlu memandang serius tanggungjawab sebagai pengundi dalam menentukan masa depan rakyat dengan memilih pemimpin yang mempunyai visi jelas dan komited mengenai pembangunan negara.
Seorang lagi pelajar, Chong Chin Yong, 23, berkata dia berasa seronok dapat memilih pemimpin bagi mewakili suaranya di peringkat negeri.
Tinjauan Bernama di pusat pengundian SJKC Sin Hua turut mendapati keadaan tenang dan proses pengundian berjalan dengan lancar selain kebanyakan pengundi hadir memakai topeng muka serta mematuhi arahan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di Kota Bharu, KELANTAN, semangat untuk melihat perubahan khususnya di negeri itu selain cakna dengan situasi politik semasa membuatkan pengundi muda di negeri ini tidak melepaskan peluang untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini.
Penuntut Politeknik Kota Bharu di Kok Lanas Muhammad Mirza Shahmi Sazami, 20, berkata undi golongan muda memberi pengaruh sangat penting dalam menentukan arah kepimpinan pentadbiran negeri yang bakal diberi mandat untuk memerintah dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Walaupun ini kali kedua saya keluar mengundi, saya masih teruja memandangkan perlu membuat pilihan tepat untuk memilih wakil rakyat yang bertanggungjawab bagi tempoh lima tahun akan datang.
“Saya berharap keputusan PRN pada hari ini berpihak kepada pemimpin yang sewajarnya sekali gus dapat memberi keadilan kepada rakyat selain perubahan dari sudut ekonomi khususnya di Kelantan,” katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Islah di sini hari ini.
Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang Nur Miza Shuhada Sazami, 19, yang ditemui di pusat pengundian sama berharap golongan belia tidak melepaskan peluang mengundi pada hari ini.
“Orang muda perlu mengundi demi masa depan yang lebih baik. Anggaplah mengundi ini sebagai tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat untuk mengubah keadaan politik termasuk kebajikan rakyat ke arah yang lebih baik,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager