PRN P. PINANG: WALAUPUN TERBARING, WARGA EMAS TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas tetap menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi walaupun dalam keadaan terbaring di atas pengusung.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkongsi satu gambar menerusi ciapannya di Twitter.
Menurutnya, wanita tersebut merupakan pengundi di N35 Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban.
“Aunty tua, uzur, sakit. Tetap mengundi walaupun atas katil hospital.
“Beliau undi demi masa depan anak cucu,” katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi yang menampilkan 95 calon bertanding.—AlHijrah Online