Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRN: ALIRAN TRAFIK LANCAR SETAKAT 1 TENGAH HARI

DALAM NEGARA

PRN: ALIRAN TRAFIK LANCAR SETAKAT 1 TENGAH HARI

Aliran trafik di seluruh negara setakat 1 tengah hari ini lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di seluruh negara setakat 1 tengah hari ini lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berjalan lancar dan tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini.

“Hanya aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama menuju utara sahaja mengalami sedikit kesesakan iaitu laluan menuju ke Sungai Petani, Kedah dan Perai, Pulau Pinang.

“Kebiasaannya trend trafik meningkat pada 3 petang hingga 8 malam yang mungkin menyebabkan sedikit kesesakan. Keadaan trafik setakat ini lancar, namun bergantung juga kepada faktor kemalangan sekiranya ada berlaku,” katanya kepada Bernama hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading