PRN SELANGOR: LELAKI SINDROM DOWN TERUJA KELUAR MENGUNDI
Meskipun kurang upaya, seorang lelaki sindrom Down teruja dan gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.
Pengundi yang menghidap Sindrom Down, Lim Wei Hoong, 33, menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas menunaikan tanggungjawabnya mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Sekinchan sempena Pilihan Raya Negeri Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan hari ini. — fotoBERNAMA
SEKINCHAN: Meskipun kurang upaya, seorang lelaki sindrom Down teruja dan gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini.
Lim Wei Hoong, 33, mengundi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, di sini pada 9 pagi bersama-sama dua adik perempuannya.
“Saya sangat happy (gembira),” katanya yang ditemui Bernama di pusat mengundi berkenaan.
Seorang daripada adik perempuan Wei Hoong yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata ini merupakan kali kedua abangnya mengundi.
“Dari semalam lagi dia (Wei Hoong) sudah bertanya mengundi di mana dan pukul berapa mahu pergi mengundi. Hari ini dia bangun sangat awal.
“Kami tidak mengajarnya cara mengundi kerana dia memang tahu bagaimana caranya. Dia juga mempunyai calon pilihannya sendiri,” katanya.
Pada PRN hari ini, kerusi DUN Sekinchan menyaksikan saingan satu lawan satu antara penyandangnya Ng Suee Lim daripada Pakatan Harapan dan Datuk Goh Gaik Meng daripada Perikatan Nasional.
Sementara itu di KUALA TERENGGANU, seorang lagi pengundi sindrom Down, Rubee Nur Amirah Ahmad, 30, turut bersemangat menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam dan Parlimen Kuala Terengganu.
“Seronok. Saya tak sabar nak tunjuk jari berdakwat kepada cikgu di sekolah,” katanya kepada Bernama di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga.
Ibunya, Rabiah Ismail, 60, berkata walaupun Rubee Nur Amirah yang mesra dipanggil Kak Mi tidak memahami proses mengundi dan sistem pilihan raya, dia teruja untuk bersiap awal pagi tadi.
“Kami galakkan Kak Mi (mengundi), tidak kisah sama ada dia orang kurang upaya atau tidak kerana satu undi itu penting untuk masa depan negeri dan negara.
“Ini kali kedua Kak Mi mengundi, yang pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas,” kata Rabiah dan menambah anaknya mengundi di saluran satu.
Pada PRN Terengganu, kerusi DUN Wakaf Mempelam menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang Wan Sukairi Wan Abdullah daripada PAS dan Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali daripada PKR.
Bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada PAS menentang Azan Ismail (PKR) selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 atas dakwaan wujud elemen rasuah sewaktu berkempen. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager