LEBIH 9.67 JUTA PENGUNDI DI ENAM NEGERI MENGUNDI HARI INI
Lebih 9.67 juta pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.
KUALA LUMPUR: Lebih 9.67 juta pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.
Turut diadakan hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.
Kesemua pusat pengundian di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan termasuk di Kuala Terengganu dijadual dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup pada 6 petang.
Pengundian PRN bakal menyaksikan 9,674,456 pemilih berdaftar mengundi di 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran, manakala 122,160 pengundi akan terlibat dengan proses pengundian di PRK Parlimen Kuala Terengganu melalui 41 pusat mengundi yang mengandungi 217 saluran.
Pada Selasa (8 Ogos), pengundian awal PRN telah berlangsung yang menyaksikan 72,554 anggota keselamatan dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan jumlah peratusan keluar mengundi di Kedah adalah 96.02 peratus, Terengganu (95.91), Selangor (95.87), Pulau Pinang (95.01), Negeri Sembilan (94.05) dan Kelantan (93.90).
Pengundian awal pada hari sama bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu pula melibatkan seramai 1,286 pengundi atau 95.47 peratus anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing.
Selepas proses penamaan calon 29 Julai lepas, sebanyak 570 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya enam negeri manakala PRK Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan dan PAS.
Bagi PRN dan PRK berkenaan, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula 29 Julai selepas pengisytiharan calon-calon yang layak bertanding dan berakhir pada 11.59 malam tadi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi menerusi laman sesawangnya semalam meramalkan cuaca hujan di satu dua tempat di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pagi ini.
Hujan turut diramal berlaku di Kedah, yang melibatkan banyak kawasan pantai, manakala cuaca mendung di Terengganu dan Kelantan dijangka cuaca baik.
PRN ini melibatkan pertandingan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 DUN di Kelantan.
PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.